السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, July 8, 2009

INDAHNYA DAKWAH...

RENUNGAN

Firman Allah swt:

“Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibunya serta bapanya, dan isterinya serta anak-anaknya; Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

(Abasa: 33-37)

Setelah Allah swt menerangkan nikmat-nikmatNya yang telah dilimpahkan kepada umat manusiasupaya mereka bersyukur dan dengan beriman dan taat, maka pada akhir surah Abasa ini, Allah swt menggambarkan peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat, yang sungguh mengerikan , supaya manusia siap sedia dengn iman dan amal soleh , untuk kebaikannya di dunia dan di akhirat.

Pada hari ini (di padang Mahsyar) manusia akan dibangkitkan kembali. Masing-masing berasa sangat takut sehingga tidak memikirkan soal-soal lain kecuali soal sendiri tentang segala bentuk perbuatannya semasa di dunia dahulu. Hari ini juga, manusia sangat2 takut untuk berhadapan dengan saudara maranya, ibu bapanya, isteri dan anak-anaknya yang ketika di dunia dahulu menjadi kebanggaannya. Bagaikan simbol status dan kedudukan mereka yang sangat mulia. Janganlah begitu wahai manusia. Semua manusia mempunyai kedudukan yg sama pd peringkat asal kejadiannya iaitu dr setitis air mani. Yg membezakan mereka di sisi Allah swt ialah tahap takwanya. Ingatlah wahai sahabat2ku yg ana kasihi, Allah telah menceritakan tentang 1 golongan yg menganggap keturunan mereka adalah golongan yg terbaik. Namun, ia hanyalah anggapan mereka.

Allah berfirman di dalam surah Al-Jumu’ah ayat 6:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang berugama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!"

Manusia lari dari mereka semua kerana terlalu takut dengan tuntutan, dakwaan dan hak-hak yang mereka tidak penuhi ketika di dunia dahulu. Oleh yang demikian kita perlu persiapkan diri kita dengan ‘jawapan’ agar kita akan selamat di negeri akhirat dan tidak terjerumus dengan pelbagai dakwaan dari manusia lain. Bagaimana? Dengan berdakwah. Usaha dakwah yang memerlukan pengorbanan besar dari sudut masa, tenaga, idea dan harta untuk agama. Sekaligus sebagai ‘jawapan’ kita di negeri akhirat kelak.


FIKIR SEJENAK

Sebagai seorang bakal guru, ana berasa sangat sedih dan bimbang dengan realiti kualiti guru yang bakal dilahirkan di seluruh Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada masa hadapan. Mengapa? Lihatlah di dada akhbar-akhbar kini yang banyak memaparkan tentang guru-guru pelatih yang terlibat dengan kes-kes jenayah dan aktiviti yang tidak bermoral seperti merempit, mencuri, pergaulan bebas, minum arak sehingga mabuk-mabuk dan sebagainya. Dan yang paling teruk ialah ada yang rosak akidahnya lantaran dunia yang terlalu terbuka dan kurangnya ilmu asas agama sebagai sandaran diri. Tak seimbang jadinya.

Dari pengamatan ana, guru-guru pelatih hanya melakukan rutin yang sama sahaja setiap saat, minit, jam, hari,minggu, bulan dan tahun. Bermain permainan komputer berjam2, melepak, baca komik, menonton filem (vcd) berpuluh2 episod dan lain2 lg. Inikah persedian2 guru yang akan menjadi pendidik untuk melahirkan pemimpin2 negara pada masa depan? Bolehkah guru-guru sebegini menjadi pemimpin masyarakat? Risau + sedih bila ana fikirkan.

Bukan sahaja soal kepimpinan, bahkan soal2 lain seperti masalah sosial, isu2 politik semasa, idealisme, moral, agama dll. Bolehkah mereka berbicara soal-soal ini?

Jika soal ini tidak dpt mereka fahami, bagaimana mungkin mereka akan berfikir bagaimana caranya untuk mengatasi pelbagai karenah dan kebejatan masalah sosial masyarakat Islam khususnya yg semakin meruncing? Risau juga ana kalau guru yang bakal lahir kelak ibarat pepatah Melayu ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.

Ana juga bakal seorang guru. Ana bimbangkan masa depan anak bangsa ana. Ana sayangkan anak bangsa ana. Rakyat Malaysia yg berbilang kaum tetap adalah satu d hati ana. Tidak mengira bangsa apa pun, ana tetap akan curahkan ilmu dan bakti kerana ini adalah tugas guru. Guru perlu berhati mulia dan tidak mudah melatah. Tenang dan bersedia sepanjang masa untuk berjuang. Lihatlah pada era penjajahan oleh kuasa asing dahulu, betapa guru antara golongan yg paling kuat menentang. Mengapa? Kerana mereka golongan yg berpandangan jauh, mempunyai sensitiviti yg sangat tinggi dan sayangkan anak bangsa, negara dan agama. Bukannya diam membisu sambil berpeluk tubuh.

Di mana perginya semangat guru seperti masa lalu yg sentiasa membara? Sudah pudar atau sudah………? Sahabat2 sndri dapat menilainya.

Antara pengalaman yang tidak pernah ana lupakan ialah ana berhadapan dengan sahabat yang seagama yang mengaku dengan jelas tentang pendiriannya tentang soal agama. “Mengapa mesti aku solat sedangkan aku tetap akan masuk neraka? Aku tetap ditimpa musibah? Hati semakin tidak tenang!”.

Apakah yang akan sahabat2 semua rasakan apabila ucapan sebegini keluar dari seorang muslim. Yang dahulunya sentiasa menjaga solatnya dan ibadah2nya yang lain?? Ana cukup sedih. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Orang muslim itu adalah bagaikan badan yang satu”

Jika ia demam, kita merasai demamnya. Jika ia menderita, kita pun merasai deritanya. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga sakitnya. Sama2 kita mendoakannya agar Allah swt akan memberikan hidayah-Nya kepada sahabat ana ini.

Jika pada hari ini seorang perdana menteri tidak jujur, rakyatnya akan menderita. Jika seorang doktor tidak jujur, pesakit akan bertambah sakitnya. Jika seorang jurutera tidak jujur, tidak akan kukuh binaannya. Jika seorang guru tidak jujur, maka akan rosak binasalah anak bangsa dan generasi hadapannya. Sangat besar implikasi dan peranan seorang guru terhadap pembangunan sesebuah bangsa. Bak kata pepatah, “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.”

Jika guru yang bakal dilahirkan tidak mempunyai jati diri dan kualiti sebagai seorang guru, bagaimana mungkin ia dapat melahirkan bangsa yang maju. Yang maju jasmani, rohani, intelek dan emosinya?!

Oleh yang demikian, sebagai seorang bakal guru, ana merasakan adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kita bersama untuk mencegah ‘fenomena’ negatif yang mula menular di kalangan guru-guru pelatih yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Bagaimana?

Perlunya usaha-usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencegah perkara ini dari terus berleluasa. Iaitu melalui usaha ‘Amar Makruf & Nahi Munkar’. Tidak cukup dengan amar makruf semata2 kerana ia tidak akan membawa implikasi yang mendalam. Tidak boleh kita hanya menyapu contengan sahaja tetapi kita tidak pernah mencegah orang yang membuat contengan supaya berhenti dari membuat contengan. Jelas??

Jika jelas, apakah yang sahabat2 akan lakukan? Hanya melihat contengan tersebut atau menyapunya? Ayuh, marilah kita sama-sama menjadi orang yang menyapu contengan dan mencegah penconteng. Barulah ‘contengan’ itu akan hilang.

Pernah ditanya kepada ana, bagaimanakah bentuk kita menyeru ke arah kebaikan & mencegah kemungkaran dalam situasi umat kini dengan cara yang penuh berhikmah? Sebelum ana menjawab, adalah lebih baik ana membawakan satu sabda baginda Rasulullah saw:

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

"Sesiapa dari kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak mampu maka dengan lisannya. Jika ia tidak mampu maka dengan hatinya (membenci perbuatan tersebut).”

Diantara cara yang boleh dilakukan bagi melaksanakan amar makruf dan nahi munkar ialah:

1. Menampal poster, kata-kata nasihat, peringatan, ganjaran dan seksaan Allah swt dan sebagainya di pintu bilik.

2. Menunjukkan sikap, tingkahlaku, pemakaian, akhlak dan pemikiran Islamik sebagai model ikutan kepada orang lain.

3. Meningkatkan ilmu pengetahuan agama seperti penguasaan ilmu akidah, ibadah, mua’malat, uslub dakwah dan sebagainya.

4. Menegur perlakuan-perlakuan yang bertentangan dengan kehendak syariat Islam dengan cara lemah lembut, penuh hikmah dan mendoakan mereka agar dapat berubah ke arah yang lebih baik.

5. Melaksanakan solat fardhu secara berjemaah

6. Mewujud dan meningkatkan ukhwah sesama Islam dan mengadakan pengisian2 yang berfaedah melalui program2 seperti bergotong-royong, jamuan makan, ziarah, rehlah (berkelah), aktiviti riadah (sukan) dan sebagainya.

7. Tazkirah (setiap hari sekurang-kurangnya 5 minit) di mana2 shja berkesempatan seperti di kelas, tempat berkelah, surau/masjid, bilik asrama dan sebagainya.

Cara-cara yang dicadangkan ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan ukhwah dan membentuk persekitaran (bi’ah) Islamiah dan seterusnya membantu memudahkan kita menjalankan kerja-kerja dakwah dengan lebih efektif. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment