السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, July 1, 2009

MANISNYA BERDAKWAH....




"Bermulanya Program Ziarah di Bumi KSAH…..."

MUKADDIMAH

Firman Allah swt:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu,
(bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Hujurat: 13)

PENDAHULUAN

Pada 25 Jun 2009, Badan Dakwah dan Surau (BADAS) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim di bawah Lujnah Sekretariat Pembangunan Modal Insan (SPMI) di bawah Unit Dakwah telah mengadakan perjumpaan pertama kalinya di Surau IPSAH dan sekaligus merasmikan satu program baru BADAS iaitu Program Ziarah yang dipengerusikan oleh Muhammad bin Zakaria dari kelas PISMP Pengajian Agama. Program Ziarah ini adalah program yang pertama kalinya diperkenalkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia di IPSAH.

PENGENALAN

Dari sudut bahasa, ziarah bermaksud lawatan atau kunjungan. Manakala dari sudut istilah ialah mengunjungi atau melawat ke suatu tempat.

Ziarah dalam konteks program ini adalah melawat, berkenal-kenalan (ta’ruf) dan nasihat menasihati sesama muslim dalam menjalankan usaha amar ma’ruf dan nahi munkar. Firman Allah swt:

“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.” (Ali Imran: 110)

Program ini amat penting utk dijalankan di seluruh IPGM kerana ia memberi impak yang mendalam dan efektif dalam membentuk persekitaran (bi’ah) Islamiah dan sekaligus dapat melazimkan (pengukuhan kendiri positif) individu muslim dengan amalan dan nilai2 mulia yang dituntut agama.

Mengapa ana mengatakan ia perkara yang sangat penting? Kita sedia maklum, guru adalah model yang paling dipercayai murid2 melebihi ibu bapa mereka sendiri. setujukah kalian dengan kenyataan bahawa guru2 yg bakal dilahirkan semakin rosak akhlaknya? Bayangkan jika ‘model’ ini mempunyai sikap, dan akhlak yang keji dan nilai2 mazmumah seperti meringan2kan solat, mencuri, pergaulan bebas, minum arak, lesbian, pondan, zina dan pelbagai lg bentuk maksiat yg ana tidak sanggup sebut lagi di sini. Apa yang akan dibawa mereka kepada murid2? Bayangkan guru yang ada ciri-ciri sebegini akan mengajar selama puluhan tahun. Murid2nya berjumlah ribuan orang. Apa akan terjadi pd anak bangsa? generasi masa depan? nasib negara? agama? Ingatlah pada pepatah melayu 'Guru kencing berdiri, murid kencing berlari' dan janganlah dibiarkan situasi negatif semua ini. Dikhuatiri akan terjadi kes 'Harapkan pagar, pagar makan padi'

Oleh yang demikian, usaha membentuk peribadi guru dan menerapkan nilai2 murni dan akhlak mulia perlu diusahakan dan dimulakan sejak di IPGM! Ia tanggungjawab bersama. Di antara ciri2 guru yang efektif ialah ia mempunyai keprihatinan, sensitivitI dan kepekaan yang jauh menjangkau ke hadapan tentang sesuatu isu yang melibatkan bidangnya berbanding golongan lain. Sensitiviti ini jugalah yang mendorong ana untuk mula mengambil inisiatif menjalankan usaha ini di KSAH berdasarkan sunnah Rasulullah saw (akan ana tuliskan sirah Rasulullah saw yg berkaitan amalan ziarah. InsyaAllah). Semoga usaha ini dapat disebar luaskan ke peringkat yang lebih jauh dan luas. InsyaAllah…

Di sini juga timbul soal, tidak cukupkah dengan ceramah? Kuliah? aktiviti2 dan program2 lain yang selama ini dijalankan?? Ya, TIDAK CUKUP. Mengapa? Kerana org2 yg mengikuti kesemua program ini terdiri dr mereka yg berminat dan ingin tahu. Bagaimana dengan mereka yg ‘hanyut’ dibuai mimpi siang hari? Bagaimana dengan mereka yg tidak ingin ambil tahu soal agama? Yg tidak pernah dibiasakan dengan cerama atau kuliah? Dengar ceramah pun da mula rasa menggigil. Bagaimana dengan mereka ini semua?

Kita tidak boleh membiarkan mereka. Membenci mereka. Meminggirkan mereka. Kita perlu lakukan sesuatu utk mereka. Sabda Rasulullah saw:


لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغدوا ولا تدابروا

“Janganlah kamu saling berdengki dan janganlah kamu saling menipu dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling membelakangi”

Mereka adalah saudara seislam dan seakidah dengan kita. Tidak boleh kita menyakiti mereka samada zahir atau batin. Rasulullah saw bersabda:

وكونوا عباد الله إخوانا المسلم أخوا المسلم لا يظلمه ولا يخذله ولا يكذبه ولا يحقره

“Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara, seorang muslim adalah saudara muslim yang lain. Tidak ia menzaliminya, tidak ia membiarkannya (dalam kehinaan), tidak ia membohonginya dan tidak ia merendah-rendahkannya.”

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri”

Ingatlah, usaha-usaha agama ini akan diteruskan sehingga kiamat. Jadilah kita sebahagian daripada golongan ini. Sama2 kita hayati firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 104:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara yang baik, serta melarang daripada Segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”




OBJEKTIF

Program ini bertujuan:

i) Mengeratkan ukhuwah antara sesama guru pelatih Muslim.
ii) Mewujudkan bi’ah (suasana) Islamiah.
iii) Meningkatkan kesedaran para guru pelatih terhadap usaha dakwah secara berhikmah.
iv) Mendedahkan cara berdakwah secara teori dan amali.
v) Melazimi diri guru-guru pelatih untuk berhadapan dengan masyarakat.
vi) Menjalankan amar makruf dan nahi mungkar.
vii) Memberi pendedahan awal tentang situasi sebenar tentang dunia dakwah.
viii) Menerapkan di dalam diri peserta kecintaan dan kesungguhan terhadap usaha para anbia’ (dakwah).
ix) Meningkatkan kefahaman tentang tuntutan usaha dakwah berdasarkan Al-Quran dan hadis (sunnah Rasulullah saw).
x) Meluaskan skop dunia penglibatan usaha dakwah dari peringkat Takrif (pengenalan) dan Takwin (pembentukan) kepada peringkat Tanfiz (pelaksanaan).


AHLI JAWATANKUASA UNIT ZIARAH KSAH

Pensyarah Penasihat : Ustaz Yahya Bin Abdullah
Pengerusi : Muhammad bin Zakaria
Timbalan Pengerusi : Harisah Adilah binti Zakaria
Setiausaha : Nur Azwin Natasya binti Mustafa

Ketua Kumpulan Ziarah Blok A
Rohayati binti Salleh

Ketua Kumpulan Ziarah Blok B
Absha Atiah binti Abu Bakar

Ketua Kumpulan Ziarah Blok C
Fadzilah binti Rani

Ketua Kumpulan Ziarah Blok D
Shariza binti Shahidan

Ketua Kumpulan Ziarah Blok E
Nur Farhana binti Suboh

Ketua Kumpulan Ziarah Blok H
Fatimah binti Miskan

Ketua Kumpulan Ziarah Blok F
Muhammad bin Zakaria

Ketua Kumpulan Ziarah Blok G
Mohammed Hazamuddin bin Husin

KAIFIAT (CARA) MENJALANKAN ZIARAH (CADANGAN)

1. Betulkan niat sebelum memulakan ziarah (semata-mata kerana Allah swt)
2. Melantik seorang amir (ketua), mutakallim (juru cakap), penunjuk jalan (pemilih bilik)
3. Mulakan program dengan bacaan doa.
4. Penunjuk jalan akan memilih bilik mana yang akan diziarahi dan mencatat nombor
bilik.
5. Mutakallim akan menjadi juru cakap sebagai pembuka bicara semasa ziarah
6. Amir akan menjadi ketua program, penyampai, pengawal keadaan dan memanipulasi persekitaran dan latar belakang orang yang akan diziarahi.
7. Memberi salam (kepada orang yg diziarahi)
8. Mulakan dengan ta’aruf (perkenalkan diri)
9. Bertanyakan khabar
10. Khabarkan tujuan kedatangan
11. Penekanan terhadap konsep persaudaraan antara orang Islam
12. Kisah-kisah teladan (nabi, sahabat, ulama, ahli hikmah, dll)
13. Penerangan tentang konsep Akidah (guna contoh yg mudah difahami pendengar dengan menggunakan prinsip2 pendekatan)
14. Akhiri dengan ucapan terima kasih.
15. Analisis hasil ziarah pada setiap bulan berserta catatan penting (mengikut no. bilik).

No comments:

Post a Comment