السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuesday, June 22, 2010

Wahai Anak...


Suatu ketika, cendekiawan dan ulama' terkenal Dr Muhammad Iqbal ( 1877-1938 )pernah menceritakan suatu peristiwa yang amat berkesan pada hatinya. cerita cendekiawan yang berasal dari pakistan itu berkisarkan tentang dirinya, ayahnya dan al-Quran.

kata Iqbal..

" saya biasa membaca al-Quran selepas solat subuh, dan ayah selalu mengawasi saya. Bukan saja mengawasi malah ayah juga bertanya, 'apa yang kamu lakukan wahai iqbal?, padahal sudah jelas tahu saya sedang mengaji. saya menjawab, ' saya sedang membaca Quran, ayah'.

" pertanyaan itu ayah selalu ulangi setiap pagi, setiap subuh, selama tiga tahun penuh. Jawapan saya tetap sama.

" Suatu hari saya memberanikan diri bertanya kepada ayah, ' mengapa ayah selalu menanyakan soalan yang sama, padahal jawapan saya juga sama?' Jawab ayah, 'nak, bacalah al-Quran itu seolah-olah diturunkan langsung untukmu.'

" Barulah saya faham mengapa setiap subuh, ayah akan bertanyakan soalan yang sama. Sejak saat itu, saya sentiasa membayangkan seolah-olah al-Quran itu diturunkan untuk saya.

" Saya tidak saja membaca, tetapi juga cuba mengerti. Bukan saja mengerti tapi cuba memahaminya. Tidak setakat memahaminya, saya cuna mengamalkannya. Bukan saja beramalmalah cuba untuk menyampaikan kembali isi al-Quran sebagaimana yang saya faham."

Thursday, June 3, 2010

Sat....



Walau bagaimana besar sekalipun darjatmu di dunia ini, satu hari nanti kamu tetap akan kembali ke perut bumi.

Sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap di azab dalam perut bumi.

Walau banyak manapun ketawamu di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan menangis di perut bumi.

Sebagaimana kamu bermegah dengan memakan dan meminum barang haram, satu hari nanti tubuhmu tetap akan menjadi makanan ulat.

Walau bagaimana banyak sekalipun harta yang kamu kumpul, satu hari nanti akan musnah juga harta itu hinggalah kamu masuk ke perut bumi.

Walau banyak mana sekalipun kamu gunakan cahaya di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan hidup dalam gelap gelita dalam perut bumi.

Walau bagaimanapun kamu berlagak dan bertakbur diatas muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap dihina di dalam perut bumi.

Walau bagaimana ramai sekalipun sahabatmu di atas muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan keseorangan dalam perut bumi.

Bagaimanakah....



ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

Penerangan Hadis:
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini.

Tuesday, June 1, 2010

Renung Renung Renung & Renung



Astaghfirullah Robbal Barooyaa
Astaghfirullah Minal Khotooyaa

Robbi Zidhnii 'ilman naafi'aa
Wa waafiqlii 'amalan magbuullaan
Wa waahablii rizqon waasi'aa
Watub 'alaiya taubatan nasuuhaa
Watub 'alaiya taubatan nasuuhaa

Hidup di dunia sebentar saja
Sekadar hanya sekelip mata
Jangan terpesona jangan terpedaya
Akhirat nanti tempat pulang kita
Akhirat nanti hidup sebenarnya

Barang siapa Allah tujuannya
Nescaya dunia akan melayaninya
Namun siapa dunia tujuannya

Nescaya kan letih dan pasti sengsara
Diperbudak dunia sampai akhir masa

Allah melihat Allah mendengar
segala sikap dan kata kita
Tiada yang luput satupun jua
Allah takkan lupa selama-lamanya
Allah takkan lupa selama-lamanya

Wahai Sahabat cepatlah taubat
Kerana ajal kian mendekat
Takutlah siksa yang menghancurkan
Azab jahanam sepanjang Zaman
Azab jahanam sepanjang zaman

Ingatlah maut pasti kan menjemput
Putuskan nikmat dan cita-cita
Tak dapat ditolak tak dapat dicegah

Bila waktu hidup berakhir sudah
Bila waktu hidup berakhir sudah

Tubuhpun kaku terbungkus kafan
Tiada guna harta pangkat jabatan
Tinggallah ratap dan penyesalan
Menanti peradilan yang menentukan
Menanti peradilan yang menentukan

Astaghfirullah Robbal Barooyaa
Astaghfirullah Minal Khotooyaa