السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuesday, March 30, 2010

Sepintas lalu...Program Husnul Khotimah


1.
1.Presiden menyampaikan ucapan perasmian program

2. Pendaftaran peserta-peserta program

3. Peserta muslimat ‘meneroka’ Buletin Khas Program Husnul Khotimah BADAS

4. Peserta muslimin khusyuk mengikuti program

5. Peserta muslimat menanti penuh debar sebelum acara kemuncak program

6. Salah seorang peserta yg telah ‘siap’ dikafankan

Pada tanggal 25 Februari 2010 bersamaan 11 RABIULAWAL 1431, Program Ziarah Unit Dakwah di bawah Sekretariat Pembangunan Modal Insan (SPMI) BADAS dengan kerjsama JAPIM telah menjalankan sebuah program Persediaan Menuju Husnul Khotimah di IPSAH.

Program kali ini membawa sedikit kelainan di dalam mempelbagaikan uslub dakwah untuk menggalakkan lagi usaha dakwah dengan pendekatan yang menarik dan unik bagi menarik minat mad’u menyertai program2 keagamaan sekaligus memberi impak yang besar dan berkesan dalam tempoh jangka masa yang panjang, InsyaAllah.

Alhamdulillah, program ini telah mendapat sambutan yg amat menggalakkan dan di luar jangkaan di mana lebih daripada 130 guru pelatih menyertainya walaupun tarikh program dijalankan adalah waktu kebiasaan guru pelatih pulang ke kampung dan iklan berkaitan program adalah hanya selama 2 hari.

Tahniah kepada semua peserta yang turut sama menyertai. Semoga apa yg diperolehi sepanjang menjalani program ini dapat membantu memantapkan lagi keyakinan dan kesedaran tentang hakikat kehidupan yg fana ini. Wallahu a’lam...

Program Persediaan Menuju Husnul Khotimah Di IPSAH...

Persediaan Menuju Husnul Khotimah adalah sebuah program yang berunsurkan kesedaran tentang peri pentingnya persediaan untuk menghadapi saat yang pasti tiba iaitu saat kematian. Saat yang memisahkan seseorang individu dari kehidupan dunia. Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Anbiya’ ayat 35:

”Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”

Realiti permasalahan umat Islam pada hari ini semakin meruncing adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Terdapat pelbagai faktor-faktornya seperti faktor persekitaran, cara hidup, pegangan agama, pemikiran dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian pelbagai program telah dijalankan bagi meneroka permasalahan dan mencari jalan keluar bagi mengurangkan permasalahan umat Islam pada hari ini.

Antara faktor terpenting ialah faktor akidah yang kurang mantap di kalangan umat Islam sendiri terhadap perkara-perkara ghaib yang telah dinyatakan di dalam al-Quran dan hadis seperti alam barzakh dan hari akhirat yang pasti akan tiba. Oleh yang demikian program ini amat penting untuk dijalankan bagi membina kesedaran dan kefahaman guru pelatih secara mendalam tentang hakikat alam barzakh yang bakal dilalui oleh setiap insan secara praktikal dan ianya sekaligus sebagai salah satu pendekatan dakwah untuk meningkatkan akidah individu muslim.

Pihak JAPIM dan BADAS mengambil inisiatif untuk mengadakan program ini bagi menerapkan semangat ingin tahu di kalangan guru pelatih untuk mempelajari, menghayati dan menginsafi perihal berkaitan persediaan kematian. Inilah antara Modal Insan yang cuba dibina oleh institusi perguruan supaya melahirkan para guru yang menjadi agen pengembang, membina wasilah bangsa yang beriman lagi bertaqwa dan mempunyai motivasi intrinsik dan mentaliti kendiri yang positif. Program ini diharapkan mendapat perhatian dari semua pihak untuk membantu dari segi pembiayaan dan kelancaran tentatifnya.

Semoga Allah SWT memberikan perlindungan dengan Rahmat dan kasih Sayang-Nya di dunia dan di akhirat.

Saturday, March 13, 2010

AHLI JAWATANKUASA UNIT ZIARAH KSAH 2010

Pensyarah Penasihat

USTAZ YAHYA BIN ABDULLAH

Pengerusi
MUHAMMAD BIN ZAKARIA

Timbalan Pengerusi
HARISAH ADILAH BINTI ZAKARIA

Setiausaha
NURUL AINA BT HAZININ


Ketua Kumpulan Ziarah Blok A
MASITAH BT MOHAMED KHASIM

Ketua Kumpulan Ziarah Blok B
NUR ATIKA NATSHA BT MAT NOH

Ketua Kumpulan Ziarah Blok C
INTAN MUNIRAH BT MOHD NORDIN

Ketua Kumpulan Ziarah Blok D
NURUL HIDAYAH BT MUKTAR

Ketua Kumpulan Ziarah Blok E
NURULHUDA BINTI ARIFF

Ketua Kumpulan Ziarah Blok H

NURUL AFIQAH BT ALIAS

Ketua Kumpulan Ziarah Blok F
ABDUL SHAFIQ BIN MD SUBAHIR

Ketua Kumpulan Ziarah Blok G
SOLIHIN BIN AHMAD BAKARY